Followers

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Tuesday, 17 December 2013

Damia 7 Bulan

Makin hari Damia makin membesar, semakin pandai, macam selalu semua benda dia nak masuk dalam mulut, tambah akal sekarang, semua benda dia nak ketuk. Tak! tak! tak! macam orang menukang dah. Damia memang aktif, kesana kemari dia berpusing, mama dengan papa memang tak terlayan. Perkara baru yang we all perasan, Damia suka memerhati kat orang. Bila dalam lif uncle or aunty sebelah tu mesti akan tertarik dengan dia, sebab Damia suka pandang atas bawah, then buat muka gedik. Sometimes saja je tak nak bagi dia tengok, pusingkan badan, Damia akan tertoleh-toleh kiri kanan nak tengok semula. Tak sure perangai ni ikut siapa. Pffttt..

Benda yang paling buat Damia suka ialah bila mama atau papa massage dia, urut kaki ke, tangan badan, dia akan senyum dan paling buat we all terkejut Damia akan sendawa keluar angin satu badan. Ok ini obviously ikut perangai papa yang suka pergi urut tu. :)

Damia favorite food, mashed potato yang papa dia buat. Tuhari ada try mix potato and spinach tapi Damia punya poo poo keras. Kesian tengok bila dia nak poo poo tu, merah padam muka, tapi yang keluar seketul-seketul. Sorry Damia. So now, we all bagi dia makan potato dengan carrot. 

Bayam, not my food mama!


Terima kasih Allah dengan anugerah ini. Semoga Damia menjadi anak yang solehah. 

--------------------------------------------------------------------------------------------

Boleh order WAFFAA PRINTED SHAWL yang stoknya semakin menipis.. 

WAFFAA PRINTED SHAWL


Monday, 16 December 2013

Big Bad Wolf Book Sale


Semalam adalah hari terakhir Big Bad Wolf (sale buku) yang diadakan di Mines, Seri Kembangan. Sorry ye dah habis event baru nak promote. Actually tak plan pun nak pergi, Mr. Fand nak pergi ke Challengers (IT store) dekat Mines, so masa on the way ke sana tu, mak ai apasal jam sangat ni? baru teringat ada BBW kat sana. Nak tak nak kena redah gak.

Pesta buku ni dia dekat MIECC sebelah Mines. Mak aih ramainya orang, ni semua pergi ni sebab buku murah gila atau memang kaki baca buku. Imagine je, harga buku selalu RM35 - RM45 ni boleh dapat dengan harga RM5 - RM8. Buntang mata tengok, semua buku rasa nak beli, agak-agak cover buku tu cute, ada gambar handbag, heels, makeup, confirm masuk dalam kotak. Ok biasa kita pergi shopping di sediakan troli, tapi kat sini kena mengangkat kotak, rasa 2 kotak pun tak cukup macam ni. 

Ok bab buku yang ada, semua jenis macam self help, reference, novel, fiction semua ada, just name it. Dulu masa kat uni saya memang kaki baca buku, butu top, tak berapa top seller semua tahu, tapi sejak menjak ni, nak baca buku mesti terlelap, kesudahnya 2 bulan pun still tak baca lagi. Apa novel yang terkini dah tak follow pun, unless author yang familiar. 

So ni antara buku yang dibeli, half je ni. Kalau satu buku 2 bulan so kira berapa saya nak habiskan baca semua buku ni. :)



Damia jom baca buku dengan mama. 
Sedapnya mama buku ni, tarik masuk dalam mulut. sigh!


Thursday, 5 December 2013

Damia & Food

I bukan jenis yang suka masak, suka makan memanglah. But when comes to food Damia, I rasa teruja nak try and error apa yang Damia suka makan. Before Damia cukup 6 bulan we all dah excited apa nak bagi Damia makan. try baca blog mama2 yang share resipi semua. So, cukup 6 bulan first time we all try carrot and broccoli. I guna pressure cooker Panasonic sebab tak nak hilangkan rasa dan khasiat makanan tu kalau rebus. Alhamdulillah pressure cooker ni we all dapat hadiah kahwin.

Food bawah ni broccoli mix carrot. After tu we all buat mashed potato, mashaAllah Damia suka sangat, tak sabar nak tunggu mama suap dia lagi. Bila lambat suap, mesti dia menjerit2 nak lagi. Ada tu, dah habis satu mangkuk Damia still nak lagi. Bila I bangun cakap dah habis dia menangis. Pernah tak you all kena macam ni? so apa you all buat? suap lagi ke? kang takut bagi lebih muntah plak.




Lepas makan, kenyang perut senang hati.. :)




Tuesday, 19 November 2013

Damia 6 Bulan

Damia turns 6months. So far dah kenal sapa mama papa dia. Even bagi pada nenek pun dia akan nangis. Orang yang dia tak biasa, Damia akan pandang atas bawah macam tak puas hati. Sometimes, orang yang pandai usik, kacau dia, dia akan senyum otherwise dia akan nangis kalau takut. Pandai dah. Bila panggil nama Damia dia akan cari mana datang suara tu and stare atas bawah kalau kenal dia akan senyum. Paling cepat dia senyum bila papa panggil nama dia. Yup daddy's girl sangat.

Semua benda Damia akan masuk mulut, toys, my hair, tisu, baju and everything yang ada depan dia, Damia akan try grab dan semua dia nak masuk mulut. Kalau tak dapat capai apa yang kat depan tu dia akan buat muka geram dan cepat2 makan jari dia sendiri. Macam sedap sangat jari dia tu. Masam kot. 

At this picture if Damia pandai cakap, antara dialog dia mesti

'Urm sedapnya shawl mama ni, lembut, try Damia nak rasa..'






Honestly, mama dengan papa tergelak-gelak ambik gambo ni, Damia muka macam takde perasaan. 





Last but not least
.
.
.
.
.
.
.
.

Ha tak reti diam, can dah tutup semua muka tu. 


Help Damia mama!!


Pfffttt...

Mama rindu setiap masa bila dengan Damia. Bila kat office ni rasa rugi pulak sebab dah miss beberapa jam time Damia membersar nih. I love u sayang!

Tuesday, 29 October 2013

Solid Food Idea?


Wawa dalam preparation untuk bagi baby D makan. Sangat teruja nak bagi Damia makan. Tengok apa reaction dia nanti.

Any suggestion mana-mana blog or forum untuk SOLID FOOD baby 6 months?

Thanks in advance

Monday, 28 October 2013

Pastel Color

Bila pakai baju color pastel ni really efek my emosi. Rasa soft, mudah senyum and feeling ala-ala wanita melayu terakhir gitu. :)






Blouse and skirt from ZARA

Thursday, 24 October 2013

Mustard





Now bila keluar, kita try pakai as simple as I can. 

Blouse & Skirt from ZARA

Wednesday, 23 October 2013

Glitter Shawl

I try my best untuk cari glitter shawl yang paling best, tak terlalu glitter, shine macam pokok krismas, and pakai pun comfort. So when time I jumpa dengan shawl nih, hati tertarik menarik memang the bomb with the material. Macam selalu, WAFFAA adalah tempat I share semua shawl yang I suka pakai. Before this chiffon and cotton yang dapat sambutan hangat. Alhamdulillah for the support. 




 
Now, new release WAFFAA GLITTER SHAWL

See you there! 


Damia Meniarap

Bila dah start bekerja nih, time memang sangat limited. Obviously, memang takde time sangat bersama nak berbual lama-lama macam dulu with Mr.Fand. Sometimes, we all lagi banyak spend time dengan Damia, story pasal Damia. I wish Mr.Fand boleh satu office dengan I. So dapat lebih masa dengan dia.

And paling we all tak sure ialah bila masa Damia pandai roll over from her back to her front. Masa itu, Mr.Fand and I tengah berbual and saja letak Damia at her cot. Bila we all perasan Damia dah meniarap. 'Eh you ke yang tiarapkan dia?' I asked Mr.Fand. 'No! I kat sini takde pun nak pegang dia' 'Eh bila masa dia meniarap?' At the same time Damia pandang we all dengan lift up (kepala tegak time meiarap tu) and smile. MasyaAllah! Lepas tu we all tak puas hati, we all baring kan Damia semula, and finally, it's real, Damia roll over sendiri. 

Sorry Damia, your parents teruja. 

Since from that, we all suka sangat tengok dia meniarap sendiri and kepala dah kuat untuk toleh kiri dan kanan. Ada tu, we all stared at her, untuk tengok dia nak roll over from her back to her front 'ok come on Damia, boleh tiarap sekarang' Damia tersengih sambil playing with her hand and leg, tapi tak meniarap pun, 'cepatlah Damia' Damia sengih sambil buat muka comel dia. If dia boleh cakap maybe 'Damia malas lah nak roll over this time mama' 

Sabar je lah! 

(^_^)


Step by step Damia roll over, Back-front-back.


Awesome Nia Ariana Damia! 

*insert Big clap sounds!

Tuesday, 22 October 2013

Alhamdulillah

Lama dah tak berblog. Today ada really time untuk berblog balik. Actually blur apa nak cerita nih sebab dah lama tak menaip panjang-panjang nih. Ok why not I share story about Damia yang sekarang nih dah 5 bulan 3 minggu. 7 November nih genap dia 6 bulan. How time flies. MasyaAllah, sebab masa kita selalu dalam kerugian. Asyik tak cukup masa je kan?





Now Damia every morning mesti akan tersenyum bila bangun. Time ni bila panggil nama 'Damia, anak mama manja tu mana?' mesti akan tersengih. She give me the best smiles ever, terus hati jadi cair, jiwa bergelora tengok anak mama membesar dengan sihat. Bila main agah or hide-and-seek, terkekeh dia ketawa. MasyaAllah!

Damia also boleh ikut objek yang depan mata dia. Bila I beralih tempat pun boleh. Obviously, bila kita tengah makan pun dia boleh tengok apa yang kita makan. Start 6 bulan mama bagi Damia makan ok. Lagi best bila I tengah bermakeup, dia akan tengok je, every single thing yang I buat. I know, dia akan kacau semua barang makeup I one day nanti.

Now bila kita berbual Damia akan menyahut, "ahhhh, ahhhh," sometimes, bila Mr.Fand dengan I berbual pun dia akan menyampuk 'ahhhh, ahhh' kita orang mesti akan gelak kuat, and Damia mesti akan pandang either papa dia or I and senyum. MasyaAllah! 

I hope semua parents dapat rasa happy macam ini jugak. Happy kan mama-mama semua bila ada anak ni?

Please pada siapa yang tak kawin cepat-cepat kawin, and pada siapa takde anak cepat-cepat buat anak. Hihihi, rugi bila lewat-lewat ni. :)

Thursday, 19 September 2013

Motherhood

Teka, Damia ada dalam stroller tu ke xde?? wink

Siang malam hidupku untuk Damia, semua benda nowadays untuk Damia. Malam tidur pun terjaga sebab sometimes Damia lapar. Bila dah feed, dia poo poo pulak. Betul memang menguji kesabaran. Seawal jam 5am dia dah bangun, aga aga erh erh dia berbunyi. Good girl Damia, mama tak perlu pasang alarm clock lagi. Time sekarang ni, dapat tidur even 5 minit tanpa gangguan adalah sangat bermakna.

No wonder ada hadith sahih mengatakan, siapa yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi? Ibu, ibu, ibu selepas itu baru bapa.

Dulu before ada anak 'time sekarang if u nak beli apa, beli je, nanti ada anak semua fikir untuk barang anak je' Exactly. Dulu pergi shopping cari barang, makeup kita but sekarang ni semua Damia. Paling teruk lagi, if plan nak pergi shopping tu memang plan nak beli barang mama or papa in the end we all shopping barang Damia without beli 1 pun barang we all.  

"Damia tak bersalah mama! You all yang nak shopping barang Damia" Maybe antara dialog Damia if dia pandai cakap. Hihi.

But...

Semua tu tak kisah bila tengok mata Damia, hati jadi cair, keletah dia, senyum, cooing dengan kita buat semua penat lelah tu hilang. Pukul 3 4 pagi smiling, agaga anana bercerita bahasa dia buat kita rasa bahagia. Please I want this moment kekal abadi.

Alhamdulillah diberi perasaan kasih sayang macam ni. Betul kata Mr.Fand 'hidup lagi lengkap dengan kehadiran baby D' 

At the same time..

Baru kita tahu mak kita jaga masa kecik sama, tidur tak lena sebab nak pastikan kita ok. Nyamuk gigit pun terus pasang kelambu (style orang dulu-dulu). Then dah besar ni, sometimes terkasar cakap dengan mak pun mak masih sayang kat kita. No boundries.

I love u mak!

Wednesday, 18 September 2013

Daddy's Girl


Last night tak tau kenapa si cinonet ni tak nak tidur. I memang dah mengantuk sangat, sejak jadi mak ni pukul 9 pun dah mengantuk 9.45 siap-siap nak tidur dan kadang tuh dah tidur. Kalau ada yang nak order shawl tu please awal ye before pukul 9 tu dah whatsapp or email. Kalau tak pukul 3 4 pagi lah I reply kang terkejut plak u oll. Or pagi-pagi baru reply. 

Ok nak cerita kat sini pasal daddy's girl ni sebab Damia ni memang copy cat Mr.Fand. Orang kata 'Fand junior, muka papa dia' adalah ayat yang biasa we all dengar. If ada someone yang cakap Damia muka wawa i'll be the happiest person siap cakap yes! yes! lagi. Sebab dalam  10:1 je gonna say that.

Boo kat mama.

Comparing her eyebrows, eyes, mulut, dagu, memang obviously Mr.Fand. If you all nak tau Mr.Fand masa kecik memang tembam, pipi labuh macam Damia. Time sekarang je pipi dah kecut. hahaha. Hidung pun sebijik macam papa dia masa kecik tapi sekarang je hidung mancung sangat. I akan mintak my MIL picture Mr.Fand time baby untuk compare Damia vs Papa. 

Untuk sedapkan hati mama 'ha i know, Damia ikut mama part peha yang berketak2 tu' sambil cubit-cubit peha Damia yang gebu tu.

Pfftttt..

Tuesday, 17 September 2013

Saya Mak Orang

Nowadays, selalu orang tanya, 'u dah kawin ke?' 'yes dah, dah ada anak lagi' 'oh really?'

Dulu-dulu masih single if orang tanya 'u dah kawin?' 'belum lah' dalam hati  terasa muka/style dah tua ke ingat orang dah kawin? Please lah? Balik tu siap bagi tau mak lagi protes tak puas hati orang tanya macam tuh. Ntah apa-apa perangai #self reminder

But now, nak cakap apa, silakan. Saya memang mak orang. Mama kepada Nia Ariana Damia yang comel tuh. :) 
 
Bukti mak orang sebab pakai lipstick kaler pekat-pekat. hihi #ada aku kisah




 

Lipstick MAC Flat Out Fabulous
Shawl Tribal White by WAFFAA
Blouse by FOREVER21
Maxi Skirt by MANGO

Wednesday, 11 September 2013

LOOK POST: GLITTER SHAWL





Mata layu pun still nak ber OOTD.. (^_^)

WAFFAA ACCESSORIES (coming soon)
Cardigan time pregnant from HOUSE OF DOLL

Friday, 6 September 2013

Kenangan Hari Raya

Tajuk pun dah tukar dari Selamat Hari Raya to Kenangan Hari Raya. Nampak sangat bz jadi mama ni, dah lebih bulan Syawal baru nak update pasal raya. Nak jugak update kan.

Pengalaman pertama beraya bersama dengan Damia, antara experience dalam hidup I yang tak boleh nak lupa. Seronok, riuh, busy, penat semua feeling ada bila ada baby ni. Hari raya jadi lebih bermakna, lagi semangat tau nak pergi beraya bila ada baby ni. Kalau dulu berdua pergi beraya pun macam malas-malas je, bukan sebab nak dapat duit raya tapi seronok tengok sedara mara jumpa dengan Damia. Seriously, happy dengan kehadiran Damia.  

Pergi shopping kalau dulu sibuk cari barang kita, baju, handbag, kasut but sekarang lagi sibuk cari barang Damia. Baju dia lebih dari 20 pasang. Baju we all 1 pasang je, itu pun hujung-hujung Ramadhan baru nak pergi cari. Nampak tak keterujaan we all bila ada baby sampai kelengkapan diri pun dan tak dan je. 

Pergi beraya pun sibuk kena siapkan barang macam diapers, baju, handkerchief. Sampaikan baju and tudung kita pun dah bau Damia. Nasib anak mama nih wangi.

So ni antara gambar kenangan hari raya bersama. 


 


Ni pulak Damia bersama baju-baju raya dia. Yup time ni belum basuh lagi, tu yang tag tak tanggal lagi. :)

 
Yayy! mama belikan baju Damia banyak!! 
A'ah memang banyak, sampai sekarang pun ada yang tak pakai lagi. 


Damia oh Damia, semua hidup mama dengan papa sekarang hanya untuk Damia.