Tuesday 11 June 2013

Cerita Berpantang

Before bersalin dah dengar cerita dari orang sekeliling pasal lauk pantang, 'pantang' larang semasa berpantang. Boleh jadi stress, itu tak boleh ini tak boleh. Apa yang boleh beb? Rasa kalau mengidam sesuatu kena curi dan makan dalam bilik. Kalau langgar pantang nanti bentan lah, luka berair, jahit terbukak lah. Macam-macam adoii. 

Tapi bila dah alami sendiri masa berpantang nih, takde lah teruk seperti yang I imagine. Kenalah berfikir positif sikit. Ingat lauk yang mak masak tak sedap ke? Rasa nak tambah nasi tau. Selama time pregnant asyik makan chicken chop, secret recipe, sesekali pekena lauk simple macam ni, I rasa sedap woo. Lagi berkhasiat dan disukai ramai.. tak gitu.. Bila mintak mak nak tambah nasi, mak kata tak boleh. Pantang orang berpantang makan tambah nasi. 

Try tengok lauk nih, Sayur air sawi+lobak merah+lobak putih, ikan merah masak pindang, ikan merah goreng. Makan time panas. Ha kan deh kecur.. hahaha..


Pantang memang I ikut, digoda dengan lauk-lauk yang sedap, imagine ikan masak sup bersebelahan dengan ikan pari masak asam pedas. Wah tak tersentap ke tengok asam pedas tu. Jangan salah cedok kuah sudah lah. hahaha.. 

Pantang lain, memang kena pakai stokin, I suka pakai stokin, kadang kat office pun pakai stokin. Rasa badan suam and rasa comfort je bila pakai stokin. Nak pakai stokin sampai 100 hari boleh ke? Tak boleh keluar rumah. Yes, duduk rumah je, duk bilik je, nak apa semua main order je kat mak. I'm like a boss. hahaha..

Oh tak keluar rumah tak bermakna tak shopping ok. Tiba-tiba parcel sampai depan pintu. Just like heaven. Tapi mak dah pesan awal-awal nak bukak lappy or main phone jangan lama-lama takut pening kepala. Dah la I ni pakai spek, dari kurang pening menjadi bertambah pening. Yang ni I tak tipu, memang kadang duduk depan lappy lama boleh datangkan pening. 

Honestly, I kalau time mandi paling lama, dari sabun badan ke lulur, ke scrub then pakai bedak sejuk seluruh badan, pilis, param semua I sental kat badan. Kata nak badan putih gebu seperti baby. So kenalah work hard sikit. Produk apa yang I guna nanti I akan review ok. 

Tak berani lagi carry heavy thing. Ada terbaca, jangan angkat benda heavy more than berat baby. So far takde nak angkat apa pun.

So far so good, takde stress. Alhamdulillah, luka jahitan pun dah sembuh, luar nampak elok je, semua nurse yang datang, siap puji, cantik memang takde jahitan, straight macam bekas kena pisau tu je. Tak over panjang lebih kurang dalam 1 jengkal or 15cm. Syukur Dr. Hazim buat memang terbaik. Tak rosak body I.. hahaha..

Hidup kena happy walaupun time berpantang..


I'm already miss my dress, and high heel. 


5 comments:

  1. hihihihi tengok lauk tu pun adoyai sedapnya. lagi2 ikan goreng tu. nyummy..

    kite mmg selalu ngendeng org dalam pantang makan. tah kenapa sedap je rasa

    ReplyDelete
  2. saya pun suka lauk pantang.. makan panas2, ohmai

    ReplyDelete
  3. Hehe agreed! Kdg2 sedap jugak... mkn ayam x?

    Nway congrats! Baby girl yg sgt cute!

    ReplyDelete
  4. Ni yg i pn tak sabar nak pantang jugak niii hehhee :D

    ReplyDelete
  5. buh lada hitam & halia..perghhh...dah la pose nih...huhuh...

    ReplyDelete

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers